fbpx

Jawapan Berkaitan Agama Meragukan, Pendakwah Tegur Fynn Jamal

Baru-baru ini, Fynn Jamal ada menjawab beberapa soalan berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Bagaimanapun, tindakan Fynn Jamal itu mendapat perhatian seorang pendakwah Musytaq Al-Ash’ari yang menegur tindakan penyanyi itu.

Menerusi Insta Story, Fynn Jamal menjawab persoalan netizen mengenai tamatnya waktu sahur sama ada ketika Imsak atau pun Subuh. Fynn Jamal memberikan jawapan bahawa tiada sebarang dalil mengenai waktu imsak.

Kata Fynn Jamal lagi, dibolehkan untuk menghabiskan makanan atau minuman walaupun ketika itu azan Subuh dilaungkan. Bukan itu sahaja, satu lagi jawapan diberikan Fynn Jamal dikatakan meragukan dimana ianya melibatkan tentang hukum dalam solat.

Namun, menurut Musytaq pandangan Fynn itu dikatakan salah. Beliau menjelaskan, seseorang itu harus berhenti makan dan minum sekiranya mendengar azan Subuh berkumandang. Ini pula penjelasan lebih lanjut mengenai hukum solat.

Dalam pada itu, pendakwah berkenaan turut memberikan nasihat kepada mereka diluar sana supaya tidak pandai sendiri mengeluarkan hukum. Jika tidak tahu mengaku sahaja tidak tahu kerana kasihan kepada mereka diluar sanaa yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut.

Terdahulu, Fynn Jamal pernah mencetuskan kontroversi dan ditegur beberapa ahli agama gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.