Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Fezrul Khan apabila didakwa telah mencekik seorang pelakon wanita sehingga menyebabkan kesakitan dan rasa tidak puas hati dari aktres berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon Fezrul Khan ada memuat naik satu perkongsian di aplikasi TikTok memuji bakat lakonan aktres hebat, Nabila Huda.

BACA: “Kau Terlampau Kurang Ajar” – Fezrul Khan Tak Akan Berlakon Lagi Dengan Reen Rahim

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen dibuat pelakon itu berbaur sindiran terhadap seseorang individu.

@fezrulkhan

Jauh lg level acting budak tu nak up, controversy je die mampu .A class level @Nabila Huda actresss

? Sad and lonely – MoppySound

“Jauh lagi level acting budak tu nak up, kontroversi je die mampu. A-class level Nabila Huda actress,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut sindiran itu ditujukan kepada siapa, namun rata-rata netizen seolah-olah dapat meneka siapa yang dimaksudkan.

Perkongsian Fezrul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengatakan pelakon itu dikatakan masih belum ‘move on’. Malah, ada netizen berharap agar Fezrul melupakan isu berkenaan.