“Kau Terlampau Kurang Ajar” – Fezrul Khan Tak Akan Berlakon Lagi Dengan Reen Rahim
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai konflik mengenai dakwaan pelakon Reen Rahim dicekik aktor Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran.
Menerusi satu temu bual bersama Melodi, Fezrul Khan sekali lagi mempersoalkan tindakan Reen Rahim yang menjerit kepadanya selepas melakonkan babak tersebut dan bertanyakan mengapa aktres itu tidak boleh bercakap secara baik-baik.
BACA: Tak Tahan Dicekik Fezrul Khan, Iqram Dinzly Minta Reen Rahim Duduk Rumah Belajar Masak
“Secara jujur saya berlakon cerita tu saya tak method, saya tahu babak itu susah, tak boleh buat, kita dah rehearsel, okay dah tapi yang tak ok kenapa bila dah cut dia mejerit kepada saya?
“Yang itu saya pantang, tak boleh cakap elok-elok ke. Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Kenapa perlu jerit, tak boleh cakap elok-elok ke?
“Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan orang lama. Kau boleh fighting tak? Kau ada sarung uniform tak? Kau berlakon cerita kampung je kan?,” katanya.
Mengulas mengenai babak cekik yang dimuat naik di Instagram, Fezrul berkata dia mahu semua pihak menilai sendiri serta menyifatkan Reen seorang yang kurang ajar.
“Apa yang saya post tu saya nak tunjukkan dekat orang betul tak apa yang saya buat itu sebenarnya saya yang salah atau dia yang salah? Kalau salah, pengarah boleh cut, tiada masalah pun. Tapi kenapa kena tunggu babak itu habis kau menjerit? Kurang ajar tak kurang ajar? Kurang ajar pelakon tu,” katanya.
Menurut Fezrul lagi, dia tidak akan berlakon lagi dengan Reen serta menyifatkan aktres itu bukan tarafnya untuk berlakon bersama.
“Nasib baik perempuan, kalau lelaki dah lama dah. Dia ingat saya hairan dengan lakonan dia semua. Saya banyak lagi heroin yang saya boleh berlakon, setakat lakonan heroin macam itu saya rasa bukan ‘level’ saya kot.
“Kalau tanya saya kalau nama dia ada dalam sebuah cerita itu saya takkan ambil job itu. Saya tak boleh berlakon dengan orang kurang ajar macam tu,” katanya.
Dalam pada itu, Fezrul turut memohon maaf kepada Reen serta memberi pesanan supaya jangan mengambil tawaran jika tidak boleh melakonkan watak yang berat.
“Pada saya, jangan kurang ajar, itu sahaja saya nak bagitahu. Kalau menjerit tu dia ‘attention seeker’. Dia nak tunjuk dia ‘power’ lah.
“Kalau dia dah minta maaf, saya dah maafkan dia jika saya terkasar bahasa, gurau kasar, tercekik dia ke apa, saya minta maaf banyak-banyak, tapi kalau ada job nama dia ada dengan saya, saya takkan ambil job itu sebab ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang nak berlakon dengan saya. Dia bukan ‘level’ saya.
“Kalau dah watak berat, rasa tak boleh bawa jangan bawa watak tu. Jangan ambil semata-mata nak duit. Lepastu kau nak tunjuk kau hebat dekat set. Jangan kurang ajar. Kau terlampau kurang ajar,” katanya.
- SUMBER
- xtra
Alaahhh nie marketing ler nie!! Netijen abaikn, drama diaorg nk sruh kita nengok!! Muahahahahaha
diorg ni jarang ade kontroversi…marketing je ni..
Brape umur abang fezrul ni…dah kawen ke dia? Body making sado…I minat abang fezrul dlm lakonan..so hidup…tp xpnah jd hero kn..muka not bad.. skrg body plak nmpk mkn loveeeee…
Semoga berjodoh
Reen ni mmg aku nmpk kurang ajar dr dulu lagi.. selalu kasar pompuan ni.
ni laa nama dia gaslighting
bila mangsa nk stand up for herself, org marah dia plak seolah2 dia yg bersalah lps tu ejek dia berlakon watak kampung laa, xleh bwk watak berat laa.. ko cekik org tu, kalau pitam ko nk bertanggungjwb? mesti hujung2 ko ckp, saya just bawa watak spt pengarah suruh
Buat adegan “stunt” cekik2 mcm le wat adegan terjun dari 6 ribu meter. Ntah apa2 laa
kerana mulut badan binasa la ni..
dh lame perati kot
reen ko ni hairy tak
Tapi Fezrul Khan pun kekampungan juga..
Tak payahlah nak kata ko…nak kata aku..kerja sama2..dunia filem Malaysia ini kecik je..terlebih… terkurang cover sama2..tak ade yang sempurna dalam dunia manusia..ko rase???
Tak berapa tahu sangat pasal cite ne karna takde bukti yang kukuh.Tapi pada pendapat saye..mmm..2×5 je kot egoh..?
Yang cerita bwk keluar Dari set penggambaran nak buat apa,setel kat Sana baik2 sudahla……lagi mau cita 1 Malaysia bagi org tahu ka….
Marah2 Tanda Sayang..Jodoh tu. hohhh
..alaa fezrul ko xkn xtau dia tu manjer nk manjer2 ngn ko kn sado len kali ko cekik la smpai ke pinggang dia…hadoiyai
Markating ni…..preeeettttt jgn terpedaya
Mana video nya hanat..
Aku suka semua lakonan reen rahim sebb dia berlakon tak cover terkepit²..watak semua dia lakonkan dari drama or luar lakonan memang tu dari sifat sebenar dia jenis orang ny kelakar ,suka manja² cakap jerit² tu mgkin melatah kot tengok reen rahim ni ada melatah sikit..
Marketing strategy kowt tp ok la jgn mcm org tu siap nangis bagai malu weii
Jangan jadi budak kecik kurang ajar sudah especially umur 23 ke atas kurang ajar biadap kurang ajar orang Tua gatal nak jadi orang Tua budak zaman sekarang kegatalan disrespect orang Tua mudahan bila umur 35 muka cepat Tua sebab hati buruk sangat.
Apesal mamak diam sekarang hanya neelofa Yang bising oh mamak nak Naik Cara diam diam tikam cina melayu gaduh sesama sendiri wey Kutty mamak taulah kerja di maxis anak kau tak habis habis kacau tikam Kerala nanti