fbpx

Seperti kebiasaan setiap kali tahun baru ada selebriti terutama penyanyi akan memeriahkan majlis sambutan ambang tahun.

Tidak ketinggalan, penyanyi Nabila Razali turut membuat persembahan di sekitar ibu kota semalam. Namun, berlaku situasi tidak dijangka Nabila tiba-tiba terjatuh ketika hendak menaiki pentas.

BACA: Cuci Rumah Mangsa Banjir, Baju Putih Nabila Razali Jadi Perhatian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nabila.razali)

Berkongsikan video tersebut di Instagram miliknya, meskipun jatuh tergolek Nabila sempat menghiburkan para hadirin dengan mengucapkan selamat tahun baru.

Nabila yang memakai busana warna merah jambu dilihat terjatuh dipercayai berpunca daripada kasut tumit tinggi yang dipakainya.

Perkongsiannya, itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagatnya yang sempat melawak serta menasihati Nabila supaya lebih berhati-hati ketika memakai kasut tumit tinggi.