fbpx

Cuci Rumah Mangsa Banjir, Baju Putih Nabila Razali Jadi Perhatian

Seminggu berlalu, banjir di beberapa buah negeri sudah pun semakin surut dan kerja-kerja pembersihan mula dijalankan yang turut dibantu oleh orang ramai.

Tidak ketinggalan, para selebriti juga turut ringan tulang membantu membersihkan rumah mangsa banjir termasuklah pelakon dan penyanyi Nabila Razali.

BACA: Dulu Asyik Dikeji, Kini Persembahan Live Nabila Razali Dipuji

Menerusi satu perkongsian di Instagram, hujung minggu lalu Nabila turun padang membersihkan rumah mangsa terjejas di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nabila.razali)

Nabila berkata tidak mengapa jika tidak dapat menghulur bantuan dari segei duit sebaliknya datang untuk membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas.

Bagaimanapun, lain yang menjadi perhatian netizen apabila mata netizen lebih tertumpu pada baju kemeja putih yang dipakai oleh penyanyi itu.

Kata netizen, baju yang dipakai oleh Nabila itu dikatakan tidak sesuai apatah lagi untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Namun, ada yang mengatakan ianya perkara remah dan tiada masalah pun untuk memakai baju tersebut asalkan selesa untuk dipakai.