fbpx

Meriah Malaysia tahun ini dengan konsert yang buat para serbanista tidak senang duduk. Isnin ini kita bakal di’sajikan LMFAO pula.

Dan, ini berita baik untuk mereka peminat setia Jason Mraz atau pun peminat baru yang jatuh hati akan lagu I Won’t Give Up yang sangat menyentuh sanubari.

Jason Mraz mengumumkan siri konsert jelajah dunia Tour Is A Four Letter Word menerusi Twitter rasmi beliau dan video ringkas di Youtube baru baru ini.

Siri jelajah konsert bersempena rangka promosi album terbaru beliau ini akan bermula di benua Asia pada Jun ini sebelum kembali ke Amerika Syarikat — dan Malaysia terpilih sebagai salah satu destinasi awal beliau untuk konsert jelajah ini. 

Menurut jadual persembahan di laman web rasmi Jason Mraz, beliau akan hadir ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2012 dan tiket masih belum di’buka untuk sessi penjualan.

Menariknya, Jason Mraz turut menyebut yang beliau akan menjalankan konsert siri jelajah dunia ini bersama Christina Perri. Maka, Christina Perri juga sah ke Malaysia pertengahan Jun ini? Oh yeah!