fbpx

Jasmine Suraya Nekad Mahu Berpuasa Sebulan

Selain Dr Soo Wincci, pelakon Jasmine Suraya Chin turut mengambil keputusan untuk cuba berpuasa pada Ramadan kali ini meskipun bukan beragama Islam. Jasmine berkata dia seronok berpuasa dan paling teruja menunggu untuk berbuka.

Menurut Jasmine, dia tidak sangka banyak perkara baik dengan berpuasa. Malah, Jasmine mengakui dia merasakan tubuhnya juga sangat bersih kerana berpuasa dapat menyingkirkan toksin.

BACA: “Seksinya Jasmine Suraya, Kalau Ya Pun Pakailah Coli”

“Berpuasa ibarat detoks buat saya. Ini disebabkan, setiap kali memasak, tiba-tiba kesungguhan itu datang lebih kuat. Sewaktu puasa, saya mengidam banyak makanan untuk dimasak membuatkan perasaan itu lebih seronok. Paling mengujakan apabila tunggu masa hendak berbuka puasa.

“Saya juga rasa badan sangat bersih dan tak pernah terfikir beginilah perasaan berpuasa. Selepas melakukannya sendiri, puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga,” katanya kepada Harian Metro.

Jasmine mengakui Ramadan tahun ini sangat berbeza dan sangat rindu untuk berbuka puasa di luar bersama rakan-rakannya. Jasmine berkata biasanya dia akan memasak sendiri juadah sahur dan berbuka.

“Ramadan tahun ini sememangnya sangat berbeza untuk kita semua. Biasanya saya akan masak sendiri juadah sahur dan berbuka, tapi ada masa pesan makanan dari luar juga.

“Rindu sebenarnya berbuka puasa di luar bersama kawan-kawan. Apatah lagi, banyak juadah yang saya tiba-tiba teringin nak makan namun reda saja dengan situasi yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine nekad dan akan mencabar dirinya untuk cuba berpuasa penuh sehingga hujung Ramadan ini.