fbpx

“Seksinya Jasmine Suraya, Kalau Ya Pun Pakailah Coli”

Baru-baru ini nama Jasmine Suraya menjadi bualan hangat netizen apabila pelakon itu berkongsikan fotonya tampil seksi dengan menggayakan jaket putih yang menampakkan bahagian lurah dadanya.

Meskipun ramai yang memuji kecantikan pelakon itu, namun rata-rata netizen mempersoalkan imej Jasmine itu yang dikatakan sangat berani kerana menampakkan dirinya seolah-olah tidak mengenakan pakaian dalam.

BACA: Jasmine Suraya Mahu Menyelam Bersama Sufian Suhaimi

Seperti sudah dijangka, gambar tersebut tidak terlepas daripada komen-komen nakal daripada lelaki miang. Dalam pada itu, ada yang meminta agar Jasmine tampil lebih sopan serta lebih berhati-hati dalam berpakaian bimbang ianya mengundang kecaman.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Jasmine seolah sengaja memuat naik gambar sedemikian untuk meraih perhatian semata-mata.

Namun, ada segelintir netizen meminta agar tidak mengecam Jasmine kerana pelakon itu adalah berketurunan Cina dan bukannya beragama Islam. Diruangan komen, masih ada netizen yang bertanyakan mengenai agama pelakon tersebut kerana sering disangka orang Melayu.