fbpx

Jasmine Suraya Akui Sufian Suhaimi Ada 70 Peratus Ciri Lelaki Idamannya

Sering dikaitkan dengan Sufian Suhaimi, pelakon Jasmine Suraya Chin tertanya-tanya mengapa mengapa dia sering ditanyakan sejauh mana hubungannya dengan penyanyi itu.

Akui senang bersama penyanyi lagu Di Matamu itu, bagaimanapun Jasmine berkata hubungan baik mereka tidak lebih sebagai rakan artis memandangkan mereka turut terlibat sama dalam satu projek telemovie.

BACA: Jasmine Suraya Tak Fasih Mandarin Walaupun Berbangsa Cina

“Jujurnya, Sufian seorang lelaki yang sangat ‘sweet’. Saya juga tak pernah menilanya daripada kisah yang berlaku kepadanya sebelum ini.

“Cuma bagi saya kami selesa berkawan baik sejak lebih setahun lalu. Setakat ini kami hanyalah teman rapat saja. Malah saya dan dia jarang berhubung. Kalau ada masa, barulah saling bersembang,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine sejujurnya mengakui Sufian memenuhi 70 peratus kriteria lelaki idaman hatinya. Jasmine menyifatkan Sufian seorang yang baik, mempunyai sikap tidak boros dan bijak menguruskan kewangan.

“70..60 peratus kriteria yang ada pada dia memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan saya. Sufian seorang yang cukup merendah diri. Pada masa sama dia cukup bijak menguruskan kewangan, dia tidak mudah boros.

“Bagi saya itu ciri yang sangat penting bagi seorang lelaki. Seorang yang berjimat tapi tak kedekut. Itu yang bagus,” katanya.

Kata Jasmine lagi, dia tidak menolak andai bertemu jodoh dengan lelaki Melayu memandangkan dia pernah menjalin cinta dengan lelaki Melayu sebelum ini. Malah, keluarganya juga tidak meletakkan sebarang syarat dalam mencari jodoh.