Suami Muda, Jasmin Hamid Tersinggung Diperli Macam Ibu & Anak
Sudah enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid kesal apabila ada netizen melemparkan kata-kata tidak baik terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahman
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jasmin turut meminta netizen untuk menjaga adab apabila ada yang menyamakan dirinya dan suami seperti ibu dan anak.
BACA: Selamat Bernikah, Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri
Ujarnya lagi, sudah rezekinya apabila dipertemukan jodoh dengan lelaki muda dan dia percaya bahawa ajal dan jodoh adalah rahsia Allah.
“Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya,bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah.
“Sebagai hambaNya yang beriman, kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal, maut, semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit ain?” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang meminta Jasmin supaya tidak mengendahkan kata-kata negatif netizen.
Terdahulu, Jasmin berkahwin dengan Nazmir Abd Rahman yang juga merupakan pengurusnya pada November tahun lalu.
- SUMBER
- mStar Online
biarla dia ssibukk nyela netijen..atleast dia ni tua pun lawa la jugak.tkdela huduh mcm vida.muka laki dia pun type yg tua skit dr usia.okla.
Ye btul rezeki JH dpt suami muda pastu baby face plak.. Rezeki org tk sama ade dpt laki tua tp tk berduit plak. Plus panas baran. Netijen pun haih jaga la mulut tu tkde insuran lansung. Cili kang. Hehehe
elok je aku tgk derang. xde pun mcm mak anak. sape laa hati hitam sgt xleh tgk org len bahagia
Dah suami muda dia suka isteri yg lebih tua…Netizen apa hal??? Dengki???
Dah mmg laki nya muda, korg dah kenapa?
Lain la kalau dia khwn sebaya tp dia nmpk tua dari lakinya..
Puas lah laki dia menetek ya