fbpx

Abby Abadi Anggap ‘Tak Pelik’ Jumpa Lipas Dalam Peti Ais

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang pengunjung resort milik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa kotor dan tidak selamat untuk didiami. Individu itu mendakwa menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan Sugeh Hill Resort.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Tidak hanya berdiam diri, Aliff dilihat memuat naik rakaman litar tertutup CCTV memaparkan kelakuan pengunjung itu yang tidak menjaga etika.  Malah, Aliff turut menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku serta menjawab dakwaan pengunjung itu.

BACA: “Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik”

Susulan itu, ramai netizen mengecam Aliff yang sepatutnya memohon maaf dan memperbaiki mutu perkhidmatan di resort tersebut serta tidak berterusan mencari kesalahan pengunjung.

Perkara itu turut mendapat reaksi daripada pelakon Abby Abadi yang berkongsikan video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri. Bagaimanapun, netizen mendakwa pelakon itu seolah menyokong usahawan berkenaan.

Abby turut mempertikaikan pengunjung berkenaan yang menularkan isu itu hingga kelihatan seperti nak menjatuhkan perniagaan orang.

Turut mengulas mengenai dakwaan pengunjung itu yang terjumpa lipas dalam peti ais, Abby berkata peti ais rumah sendiri pun kadang-kadang ada lipas dan ia bukan sesuatu yang pelik.

Bagaimanapun di ruangan komen, Abby menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi pendapat tentang sikap sesetengah pelanggan dan bukannya menyokong mana-mana pihak.  Apa pun diharap isu itu akan diselesaikan dengan baik.