fbpx

Janna Nick Tayang Lagi, Zizan Kata Tengah Kentut Pun Cantik

Baru sahaja reda dengan kontroversi baju nampak dada, nampaknya Janna Nick memuat naik lagi gambar yang menjadi perhatian ramai hari ini.

Seolah tidak pernah serik dikecam netizen sebelum ini, aksi yang dipaparkan menerusi foto kali ini dilihat agak mencolok mata.

BACA: “Saya Takkan Padam Gambar Baju Nampak Dada Itu”

Lebih menjadi perhatian, pelawak Zizan Razak turut meninggalkan komen menyamakan Janna seperti sedang membuang angin namun memuji pelakon itu tetap kelihatan cantik.

Tidak melatah dengan gurauan Zizan itu, Janna dilihat membalas komen tersebut dengan ketawa panjang. Tidak kurang juga, pelakon Yasmin Hani turut meninggalkan komen menghiburkan.

Terdahulu, Janna berkata dia enerima segala komen dengan hati yang terbuka. Katanya, dia tidak akan memadam foto baju nampak dada itu daripada media sosialnya.