fbpx

Janna Nick Kurang Senang Dibandingkan Dengan Ayda Jebat

Jika dilihatkan daripada kumpulan peminat, tidak dinafikan Janna Nick dan juga Ayda Jebat mempunyai peminat tegar yang sentiasa menyokong apa saja perkembangan selebriti kesayangan mereka. Bagaimanapun menurut Janna, ada perkara yang membuatkannya rasa kurang selesa.

BACA: Menang Anugerah, Janna Nick Tidak Ada Niat Naikkan Harga

“Apabila ada yang membandingkan saya dengan Ayda, penerimaan saya mudah sahaja. Saya tak rasa bersaing dan sebenarnya tidak suka dengan persaingan. Apa yang saya lakukan dalam karier adalah bukan untuk menyaingi sesiapa. Saya tiada niat nak berlawan pun”

“Saya tak kisah dan tiada masalah kalau digandingkan dengan Ayda dalam mana-mana projek drama atau sebagainya. Cuma, saya agak kurang senang apabila segelintir pihak seakan cuba membandingkan kami,” kata Janna melalui portal Mangga Online.

Perbandingan daripada setiap individu adalah suatu perkara normal dan apa yang lebih penting sebenarnya adalah Janna sentiasa fokus membina kerjaya melalui apa saja platform yang diceburinya. (rtky/s)