fbpx

Menang Anugerah, Janna Nick Tidak Ada Niat Naikkan Harga

Pelakon yang baru sahaja memenangi kategori Aktres Pilihan menerusi drama ‘Kau Aku Kita’ di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) Janna Nick, menjelaskan tidak ada istilah demand tetapi mementingkan kualiti skrip dan lakonannya sendiri.

BACA: Janna Nick Nafikan Dirinya Tiru Ayda Jebat

“Tidak ada istilah demand, apa yang saya titik beratkan ialah soal kualiti lakonan, skrip dan kepelbagaian watak dalam sesuatu naskhah tersebut. Kalau boleh lepas ini saya akan memberikan lebih lagi daripada apa yang telah saya buat masa sekarang ini,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, dia memberitahu tidak menjangkakan kemenangan berpihak kepadanya kerana melihatkan kesemua calon terdiri daripada nama-nama besar seperti Ayda Jebat, Zara Zya, Izreen Azminda dan Dayana Roza nyata membuatkan dirinya begitu kerdil.

“Alhamdulillah saya memang tak jangkakan langsung kerana sekarang ini perasaan saya sangat gemuruh dan takut. Melihatkan nama-nama yang bertanding juga semua cukup kuat dan mempunyai lakonan yang hebat”

“Tetapi ini mungkin rezeki saya dan selepas ini saya perlu bekerja dengan lebih kuat untuk meningkatkan mutu lakonan saya” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/h)