fbpx

Janna Nick Impikan Rumah Mewah RM12 Juta Sebelum Kahwin

Tahun lalu, pelakon dan pengacara Janna Nick kongsikan rumah baru yang dibeli olehnya dengan hasil titik peluh sendiri pada usia 21 tahun, kali ini nampaknya Janna memasang impian untuk memiliki rumah mewah pula.

Menerusi satu Tweet, Janna Nick kongsikan satu foto rumah mewah bernilai RM12 juta yang terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Janna turut memberitahu dia hanya akan memikirkan soal untuk berkahwin andai dia berjaya memiliki rumah idamannya itu.

BACA: Peminat Mahu Jihan Muse Ganti Janna Nick Di Melodi

Ramai yang memuji Janna, walaupun masih muda tetapi sudah mempunyai impian dan matlamat tinggi. Tidak kurang juga ada netizen beranggapan Tweet tersebut merupakan hint buat lelaki diluar sana yang berhasrat mahu memikat pelakon itu.

Rata-rata peminatnya mendoakan semoga impian Janna untuk memiliki rumah mewah itu tercapai serta memberikan kata-kata semangat kepadanya. Apa pun, tidak salah untuk menyimpan angan-angan tetapi perlulah disertakan dengan usaha dan kerja keras.