"Ganti Teruslah Janna Nick Dengan Jihan Muse"
Bagi yang menonton Melodi minggu lalu, pasti tahu Jihan Muse tampil menggantikan Janna Nick bersama Ajak Shiro. Ramai memuji gaya santai dan bersahaja Jihan menggendalikan program itu sampai minta gantikan terus Janna.
BACA: “Janna Nick, Ajak Tak Sesuai Mengacara Melodi”

Menerusi Instagram, Jihan berkongsi gambar tolong mengacarakan program itu minggu lalu. Ramai mengatakan gandingan Jihan dan Ajak agak serasi berbanding Janna yang dikatakan gedik dan suka menjerit.
Nampaknya ramai meminta produksi Melodi untuk kekalkan Jihan sebagai host kerana gelegatnya yang tidak ‘fake’ dan kelakar. Ada juga yang mengaku sudah lama tidak menonton program itu sejak Janna menjadi host.
Apapun tidak dinafikan bakat Jihan mengacara memang tiada bandingannya, mungkin juga kerana sudah terbiasa. Mungkin Janna boleh menuntu ilmu mengacara majlis dengan Jihan selepas ini. (rtky/w)
- SUMBER
- Beautiful Nara
Memang Janna mmg tak best. Zaman gelap Melodi….
sape laa suh janna jadi pengacara melodi yee….. nak rating tinggi terus merundum Melodi
Mmg aku tak tgk melodi sejak janna jd host. Dia suka jerit
Jihan pun x best mcm Nabil buat lawak bodoh
MASIH BAGUS JIHAN BERBANDING JANNA OIIII….KALO TAK MINTAK SCHA ALYAHYA JD HOS MELODI
Sori to say janna tu berlakon pun x best, mengacara lg laaa
Sori aku tak suka dua2. Si janna suka jerit2 manakala si jihan suka buat lawak bodoh bangang. Bagi aku che ta lagi sesuai jd pengacara melodi. Terbukti bakat dia time dia jd pengacara Anugerah Skrin dulu!!!
YANG NIE I SANGAT SANGAT SETUJU…PLEASE LA MELODI..MINTAK JIHAN GANTI JANNA NICK..TAK BEST LA JANNA NICK TUUUU….