Janna Nick Gelar Netizen Beruk Gara-Gara Pertikai Kualiti Filem Tempatan
Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter apabila pelakon Janna Nick bertikam lidah dengan netizen mengenai pendapat masing-masing berkenaan garis panduan filem Malaysia.
Semuanya bermula apabila Janna mengulas berkenaan serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol serta seolah-olah mengaitkan serangan berkenaan dengan filem The Purge.
BACA: Dini Schatzmann Nafi Putus Cinta Dengan Janna Nick
Janna berkata lagi, kesan daripada pengaruh filem sebegitu punca mengapa garis panduan yang ketat diperlukan dalam industri perfileman seperti mana Malaysia lakukan.
Bagaimanapun, kenyataan Janna itu dikecam netizen yang tidak sependapat dengan pelakon itu. Kata netizen disebabkan garis panduan tersebut filem Malaysia tidak berkembang lebih jauh.
Dalam pada itu, ada netizen menggelar filem Malaysia bodoh, malah disebabkan pemikiran segelintir pihak sebegitulah terutama orang industri, filem kita tidak pergi jauh. Tidak hanya berdiam diri, Janna membalas dengan mengatakan di Malaysia ada sahaja filem yang hebat walaupun bajet rendah.
Tidak hanya berhenti setakat itu, Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’. Bagaimanapun, Janna menjelaskan tindakannya itu kerana berpendapat individu itu orang yang kalah kerana memadam Tweet terdahulu.
Enggan memanjangkan perdepatan tersebut, Janna dilihat memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih dengan segala pendapat yang dilemparkan oleh netizen. Ujarnya, dia menerima segala kritikan dan berharap pendapatnya juga diterima.
Siapa hero filem bertajuk ‘tempayan’ ni? Janna heroin dia eh?
Ok dah edit tempayan jadi tempatan. Now i know
Korg boleh tngk review senarai filem2 sampah dlm vlogger telegram dan pure pixel. Bg aku dua2 vlogger ni mmg genuine mewakili selera penonton yg bayar utk tngk movie lokal tp kecewa dgn kualiti yg dihasilkan. Kalau bodoh sngt x payah nk jd org seni yg kreatif laa. Terserlah kebebalan dlm hasil kerja korg…
Aku sokong jenna nick kat sini.
Based on her earlier tweets la. I.e jgn bnding kan creative mlysia dgn hollywood. Bajet juta. Sini ciput.
Tapiiii aku rasa film mlysia yg bagus x de pun mmenuhi selera penonton.
Kat mlysia ni kita kne fikir sensitiviti. Byk juga org film nak try keluar drpd kepompong film mlysia tp mslh nya hanya rebel bab sex dan isu sensitif. Cuba buat movie yg x melanggar isu sensitif, tapi mmpu menarik penonton yg mahu filem yg lebih ” bijak” terutama hat skrip dan production. Jgn tanya aku, aku bkn org industri. Lu pikir la sendiri. Lu dpt byrn utk berfikir. Aku x de bajet, aku xde panel skrip, aku hanye penonton yg ikhlas hoho
Yg dikata beruk tu yg bergaduh ngn dia lahh. Rotikaya jgn jd batuh api
Apa saja…yg dia panggil beruk tu mmg nama beruk…beruk betul la rotikaya ni…alah biasa lah dia bertegang urat dilaman social, highly opinionated people lah katakan
Amat tak matang….
kalau netizen dapat lebih byk likes dr komen ko.
ahahahaha
bukan masaalah budget…masaalah bila produser sampah nk cerita/genre camtu…pengarah pon kena cucuk hidung….produser msia byk sampah cuma 2-3 jer.
Ambikla contoh mcm negara jepun ade je filem bajet rendah tapi ramai yg suka tengok. Bajet rendah filem jepun ni sampai hero dan heroin dia pun berlakon tak payah pakai baju gan seluar, tapi ramai yg suka tengok filem bajet rendah jepun ni…
Sin.
Ko mesti fan pelakun jepun yg famous tu nama apa tah, Maria okawa. Kan.
Cerita yg creative tak semestinye bajet besar tukar2 baju shooting merata tempat..cuba tgk cerita Exam
Ratikayataeikk….dh nama natizen tu pun beruk..bkn janna saje ckp beruk..hahahha…Farizan rotikayataeikk
tu maei totey elok je . ape yg gaduh gaduh entah.
Dari dari tak prnh tengok drama dia..nmpk muka..terus Aku tukar channel.
Dari dulu tak prnh tengok drama dia..nmpk muka terus Aku tukar channel.
Tajuk ni bleh bt gaduh.. Bkn Janna yg GELAR org tu beruk.. Mmg nama twitter org tu BERUK.. LoL.. Klu tak baca btl2 bleh mengundang fitnah
bukan semua filem memerlukan budget besar sgt pon janna…. cuma kena bijak…masalahnyer x ramai org industry yg kreatif & pandai…comparela movie mcm 12 angry men satu movie tu dirakam dlm satu bilik jek, a beautiful mind, forrest gump, imitation game, truman show, black swan, good will hunting, theory of everything..beratus2 lg filem hollywood ni bijak & merangkumi pelbagai topik dlm hidup nih..jd kita sebagai penonton sentiasa diajak berfikir dan interested..historical, psychological, drama, artistik… filem kita balik2, komedi hantu, action.. xde kene mengena pon dgn budget..
Bkn fan janna nick tp dia bkn panggil beruk tu sesaje.. dah mmg nama twitter org tu beruk.. rotikaya mmg suka jd batu api.. buruk perangai.. beruk lg mulia dr rotikaya.. and i maksudkn beruk binatang tu.. hahaha