fbpx

Dini Schatzmann Nafi Putus Cinta Dengan Janna Nick

Timbul spekulasi mengatakan hubungan cinta Janna Nick dan kekasihnya, Dini Azan Schatzmann telah pun berakhir, bagaimanapun pelakon kacukan Melayu-Switzerland menafikan perkara tersebut.

Menurut Dini hubungan mereka masih bahagia dan kini sibuk menjalani penggambaran bersama dalam drama arahan Micheal Ang. Dini berkata dia akui kurang berkongsikan foto bersama Janna kerana bimbang ramai pengikut muak.

BACA: Tayang Foto Seksi, Janna Nick Dah Putus Dengan Kekasih?

“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana.

“Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak.

“Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kecaman. Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya,” katanya.

Pertama kali bergandingan dengan Janna sebagai teraju utama, Dini akui teruja namun tetap profesional ketika berada di set penggambaran. Kata Dini lagi, Janna seorang pelakon yang bagus dan tidak lokek berkongsi ilmu.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Dini berkata fokusnya kini lebih kepada mencari rezeki dan mengukuhkan nama sebagai pelakon terlebih dahulu.