Janna Nick, Dini Schatzmann Nikah Di Langkawi 10 Jun?
Hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan pelakon Janna Nick didakwa bakal bernikah kekasih hatinya, Dini Schatzmann pada 10 Jun depan.
Memetik Kosmo, pasangan itu difahamkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi hari bersejarah mereka.
BACA: Soalan Ikut Skrip, Janna Nick Kesal Dituduh Punca Fyna Jebat & Madu Bergaduh
Malah, sumber menjelaskan pihak Janna telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.
Bagaimanapun, majlis pernikahan di resort ekslusif tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Sebelum ini, Janna mengejutkan ramai apabila seolah memberi bayangan cintanya bersama Dini telah musnah, malah aktres itu dikatakan membawa diri dengan bercuti di Eropah.
Namun, Dini enggan mengulas lanjut berhubung spekulasi berkenaan serta pada Februari lalu, pelakon berdarah kacukan itu mengatakan mereka bakal membuat pengumuman mengenai perkara penting.
Dakwaan itu sekali gus membuktikan pasangan itu belum bernikah di Selatan Thailand seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.
- SUMBER
- kosmo
Budak muda wanna be nak tiru keturunan mak bapa orang orang BN die tiru semua nak tiru muntah jap. Zaman Politic Anuar kaki wanna be tiru kuat ada udang adalah keli
Wanna Be atas ni salah ruangan ke..politik tak masuk sini..ni ruangan kutuk mengutuk nasihat menasihat artis je..pi main jauh