Soalan Ikut Skrip, Janna Nick Kesal Dituduh Punca Fyna Jebat & Madu Bergaduh
Susulan pertengkaran didakwa antara Fyna Jebat dengan madunya baru-baru ini, pengacara program Family Duo iaitu Janna Nick dituduh oleh netizen menjadi punca apabila bertanyakan soalan panas kepada penyanyi itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Janna meluahkan rasa bengan apabila ada yang menuduhnya sedemikian serta ada rakan artis mengiatkan namanya dengan konflik rumah tangga Fyna.
BACA: Netizen Dakwa Janna Nick Punca Fyna Jebat & Madu Bertengkar?
View this post on Instagram
“Kalau orang nak kata. Kata la.. saya ok. Tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen. Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta konon saya sengaja nak sakitkan hati isteri pertama kepada si polan. Saya jadi marah,” tulisnya.
Dalam entri tersebut, Janna turut memuat naik paparan skrip yang telah disediakan oleh pihak produksi. Jelasnya lagi, soalan peribadi itu adalah perkara biasa memandangkan rancangan tersebut berkonsepkan kekeluargaan.
“Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumah tangga yang dilalui mereka. Konon saya pulak punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut.
“Rancangan #familiduotv3 memang berkonsepkan family. Kekeluargaan. Memang soalan tentang, suami, anak , isteri, ibu & ayah akan acapkali ditanya. Nak nak kalau suami mereka agak dikenali,” katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah kenyataan terakhir daripadanya mengenai isu tersebut serta berharap dia tidak dikaitkan dengan masalah rumah tangga orang lain.
Dalam pada itu, Janna turut memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama bekas jurulatih tersebut seandainya gurauan tersebut menyinggung perasaan.
“Jangan libatkan saya dengan masalah rumah tangga orang lain. Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati,” tulisnya.
- SUMBER
- mStar Online
Fyna … Ko mata buta ke ? Tanya aje
tetiba terkena peluru sesat, tukang skrip ni pun satu..ish ish
mata Fyna tak buta tapi xray, boleh lihat yg istimewa…
aku ingtkan mak nyah…pompuan rupanyer.
Biasalah program sendu. Produksi nak try bg naik rating la. Aku ke sorang yg masih x teruja tgk program ni
tak sokong fyna, TAPI tak nampak mana sindirnya.
apa2 pun pastinya hati isteri pertama datuk sdg terluka, saya doakan baik2 utk kedua2 pihak.
yg seronok, suami. yg sakit hati, isteri2.
soalan janna tu pun biasa je, yg pedas sikit soalan psl laki bella tu.
pergh tak pernah tengok. tapi based on that video, the quality sampah betul. tak macam aku tengok dekat US. penuh emosi. ni membebel macam orang tak betul. adui
Ikut SKRIP ??
Tang mane nya Ko ikut SKRIP, yg ko SS tu SKRIP lain la, MANE SKRIP yg ko kne tanyer si sondol tu? yg ko sebut psl bola..laki dia.
Nak cover sendiri konon, mengaku jelah ko provoke yg lelebih tanya..sbb dulu ko kan ada kisah ngan kakak sisondol.
Tak faham.. tunjuk bukti skrip, tapi takde pun nama Fyna dlm skrip tu. Bukti konon.