fbpx

Janna Nick Berjimat Mahu Beli Rumah

Nampaknya hasil kerja keras Janna Nick membuahkan hasil apabila pada usia 21 tahun beliau sudah mampu membeli rumahnya sendiri. Memang teruja kalau aset sebegitu dibeli dengan hasil titik peluh sendiri begitu juga dengan Janna. Namun Janna akui banyak pengorbanan terpaksa dilakukannya demi merealisasikan impiannya itu.

BACA: “Baju Itu Sebenarnya Tidak Seksi”

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak berada dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk”

“Sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset. Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Menerusi akaun Instagram, Janna telah berkongsikan sedikit ruang di dalam rumah barunya kepada peminat berserta dengan kepsyen syukur. Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah dengan usaha pelakon kesayangan mereka itu selain kagum dengan kerja kerasnya.

Tahniah kepada Janna yang akhirnya dapat memiliki rumah sendiri, apalagi masih di usia muda. Namun tiada apa yang mustahil selagi kita sanggup bekerja keras untuk mencapainya. (rtky/w)