Pelakon Janna Nick berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana dalam bidang perfileman di United Kingdom (UK) dengan keputusan cemerlang.
Memetik BH Online, Janna berkata segala penat lelahnya membuahkan hasil dan akan ke sana untuk majlis graduasi.
BACA: “Aku Tak Nak Tanya Apa-Apa, Harini Kita Makan Je” – Janna Nick Harap Azar Tak Hilang Lagi
“Saya sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di UK dengan keputusan cemerlang. Jadi, sudah dua minggu saya pulang ke Malaysia.
“Cuma nanti saya akan ke sana semula untuk menghadiri majlis graduasi. Alhamdulillah, penat lelah saya berbaloi. Saya sendiri tidak menjangka perkara ini akan berlaku, tetapi Allah izinkan,” katanya.
Sementara itu, Janna berkata dia tidak berkongsi lebih terperinci mengenai pengajiannya kerana bimbang terkena penyakit ain.
“Saya punya tahap takut itu sampai saya bimbang untuk berkongsi apa-apa mengenai pengajian di media sosial kerana takut terkena penyakit ain. Jadi, setahun saya tidak cerita apa-apa sampailah akhirnya mendapat keputusan, barulah saya kongsikan kepada umum.
“Walaupun saya selalu buat vlog mengenai kehidupan di sana, saya tetap tidak buat video yang menunjukkan saya sedang mengikuti pengajian,” katanya.
Dalam pada itu, Janna berkata dia mempunyai hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) selepas ini.
Sumber: BH Online