fbpx

Janna Nick Beri Nasihat Buat Haneesya Hanee

Turut sama kecewa dengan penglibatan bekas Dewi Remaja, Haneesya Hanee di dalam aktiviti tidak bermoral, Janna Nick menasihati agar Haneesya mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

BACA: Isu Arak, Gelaran Juara Haneesya Hanee Ditarik Balik

“Anggap ini satu pengajaran kepada anda supaya menjadi orang lebih baik. Jangan tertekan dengan perkara itu. Teruskan kehidupan. Jika tidak ia akan membuatkan kamu depresi. Jangan ulangi dan bergaullah dengan orang yang baik,” katanya kepada m Star Online.

Dalam masa yang sama, Janna turut berpesan agar Haneesya memilih rakan-rakan yang lebih baik agar perkara sebegini tidak terjadi lagi. Terdahulu rakaman video melibatkan finalis Dewi Remaja di kelab malam tersebar.

Rata-rata ramai kecewa dengan sikap mereka yang masih muda dan tidak menunjukkan contoh yang baik buat remaja lain. Semalam Majalah Remaja membuat keputusan untuk menarik balik gelaran Dewi Remaja.

Biarpun ramai berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, Janna pula berasa sedih dan kasihan buat Haneesya kerana penat lelahnya untuk mencapai impian bergelar Dewi Remaja musnah. (rtky/w)