fbpx

Janna Nick Akui Lebih Lembut & Manja Sejak Bercinta

Sejak mengesahkan hubungan percintaannya, Janna Nick dilihat sering berkongsikan momen manis bersama kekasih, Daini Schatzmann kepada umum. Pasti ramai mengetahui Janna sinonim dengan perwatakan yang agak kasar dan sedikit tomboy.

Namun, Janna mengakui sejak mula bercinta dengan pelakon kacukan itu, sifat dan keperibadiannya juga mula berubah. Janna berkara jika sebelum ini dia seorang yang kasar, dia kini lebih lembut dan manja.

BACA: Dini Schatzmann Akui Sudah Bawa Janna Nick Jumpa Ibu

View this post on Instagram

TO MANY MORE “I LOVE YOU” Thanks 2019 ! Tahun yang paling banyak ubah aku…yes I’ve changed a lot!Sekasar-kasar , sejantan-jantan perempuan ? dah more feminine, manja teruk…tapi dengan @dinischatzmann je lah… dengan orang lain aku masih jantan ? ( GELAK MASIH KUAT?) Dia lah orang yang paling banyak tolerate, paling banyak sabar, paling lembut…paling positive.. DAN Yang paling “baby” … Untuk lelaki kat luar sana…jangan ingat perempuan kasar Tu x reti respect partner…kalau lembut layanan korang..maka lembut la dia? Tag GF/Wife yang dulu kasar/tomboy sekarang dah lembut ?? ( untuk yang nampak perubahan saya, Dan mungkin ada yang tak suka..bagi saya masa dan ruang untuk diri saya…)

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Banyak sangat perubahan berlaku kepada saya tahun ini. Daripada seorang wanita yang kasar dan ‘jantan’, sekarang lebih feminin dan manja, tapi dengan Dini sajalah. Kalau dengan orang lain, saya masih sama iaitu suka gelak kuat.

Dalam pada itu, Janna menyifatkan kekasihnya itu seorang yang penyabar, banyak bertolak ansur dan sentiasa positif dalam apa jua perkara. Janna juga mengatakan Dini juga sangat menghormatinya dan melayannya dengan baik.

“Apa boleh dikatakan mengenai Dini, dia orang yang paling banyak bertolak ansur, sabar, paling lembut dan positif. Untuk lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan kasar tidak pandai nak hormat pasangan. Kalau lembut layanan diberi, maka lembutlah dia,” katanya.

Terdahulu, Janna memberitahu hubungannya dengan Dini mula serius sejak Jun lalu. Dini juga memberitahu sudah beberapa kali membawa Janna berjumpa dengan ibunya.