fbpx

Dini Schatzmann Akui Sudah Bawa Janna Nick Jumpa Ibu

Ramai peminat teruja apabila Janna Nick mengakui dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann. Janna memberitahu hubungannya dengan Dini mula serius sejak Jun lalu.

Sementara itu, Dini Schatzmann mendedahkan sudah beberapa kali membawa Janna berjumpa dengan ibunya. Bagaimanapun, Dini berkata dia belum lagi memikirkan untuk mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat.

BACA: “Ya, Saya Bercinta Dengan Dini Schatzmann

“Selepas beberapa bulan mengenali Janna dan personaliti dia secara serius, saya tiada masalah dan selesa saja untuk berkongsi mengenai kisah cinta kami kepada umum.

“Setakat ini Janna sudah berjumpa dengan ibu saya beberapa kali tetapi belum berjumpa dengan ayah lagi. Insyaallah, satu hari nanti.

“Mengenai rancangan untuk bertunang itu rasanya masih terlalu awal untuk kami kongsikan. Tapi kalau ada berita baik Insyaallah, akan kami kongsikan” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dini berkata dia tertarik dengan sikap Janna yang penyayang, lembut dan baik hati. Malah, Dini mengagumi Janna dimana pada usia muda sudah menjaga keluarga serta memikul tanggungjawab besar itu dengan baik.

“Pertama kali jumpa Janna pada Julai tahun lalu semasa shooting drama bersama. Ketika itu saya sudah tertarik dengan karakter Janna, personaliti dan cara dia bekerja.

“Apa yang peminat lihat sebenarnya personaliti Janna sangat-sangat berbeza dengan diri sebenar dia. Janna yang saya kenal sangat-sangat caring, lembut dan baik,” katanya.