fbpx

Janna Nick Akui Hatinya Terguris Dilabel Orang Gila

Disebabkan tindakannya berkongsikan masalah bipolar disorder yang dialami, pelakon Janna Nick akui hatinya terguris apabila dilabel orang gila oleh netizen.

Menurut Janna, dia melihat masih ada lagi segelintir pihak tidak memahami situasi sebenar pesakit mental apabila menganggap mereka kurang siuman.

BACA: Dini Schatzmann Menangis Janna Nick Hadiahkan Kamera Harga RM23,133

“Apabila berkongsi keadaan sebagai pesakit bipolar disorder yang sering mengalami situasi otak sangat bising kerana mendengar lima suara sepanjang hari, netizen menuduh saya orang gila.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan dalam diri betapa masih ada masyarakat tidak faham mengenai penyakit bipolar disorder apabila menyifatkannya sebagai kurang siuman.

“Tidak semua pesakit bipolar disorder itu gila. Tetapi, ada juga pihak yang memahami dan menyelar tindakan netizen yang melabelkan saya orang gila,” katanya.

Kata Janna lagi, penyakit bipolar dialaminya tiada penawar dan dia kini bergantung dengan ubat serta mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

“Penyakit bipolar disorder berlaku disebabkan genetik, bukannya tekanan kerja. Malah saya sudah lama mengalaminya, cuma lambat mendapatkan rawatan.

“Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit ini, namun, apa yang membuatkan saya terharu apabila ada rakan selebriti menjadikan pengalaman saya sebagai sumber rujukan,” katanya.