fbpx

Dini Schatzmann Menangis Janna Nick Hadiahkan Kamera Harga RM23,133

Pelakon Dini Schatzmann tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila menerima hadiah istimewa daripada kekasih hatinya, Janna Nick sempena hadi jadinya.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Dini dilihat pada mulanya tidak percaya hadiah pertama diterima merupakan sebuah kamera.

BACA: Janna Dedah Dengar Lima Suara Dalam Kepala Sepanjang Hari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Namun, Dini dilihat terkejut dan menangis apabila Janna memberitahu hadiah sebenarnya adalah sebuah kamera berspefikasi tinggi bersama lensa zoom bernilai RM23,133, namun masih belum sampai lagi.

Malah, dalam satu resit dilampirkan Janna, dia turut membeli sebuah lagi lensa bernilai RM3,499 yang ditempah, menjadikan harga hadiah tersebut lebih RM26,000.

Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang turut sebak melihat video tersebut. Malah, ramai mengatakan Dini saangat bertuah memiliki kekasih yang romantis.