fbpx

Jangkit Perangai Iqbal, Ariff Bahran Pula Campak Duit

Nampaknya ‘perangai’ usahawan sensasi, Ahmad Iqbal mencampak duit ke lantai seakan menjadi ikutan apabila penyanyi Ariff Bahran pula turut berbuat demikian.

Susulan tindakannya penyanyi itu dilabel riak serta tidak bersyukur dengan rezeki diberikan. Malah, ada yang menegur Ariff supaya tidak menjadikan wang ringgit sebagai konten demi publisiti.

BACA: Iqbal Campak Duit Depan Wartawan, Bengang Dituduh Kaki Kikis,

Tampil menjelaskan mengenai video tular tersebut, Ariff berkata dia hanya bergurau sahaja serta mengatakan ia hanyalah duit palsu.

“Semalam saya ke studio sebab nak siapkan beberapa projek, nak siapkan lagu. Kebetulan ketika itu pula ada talent baru Iqbal dan Beby Acha tengah buat content, jadi saya selit la sekali. Ada duit kat situ, tapi semua tu duit prop warna je sama… bukan duit betul,” katanya.

Tiada nait untuk menunjuk-nunjuk, Ariff sekali lagi menjelaskan dia hanya bergurau dan tidak menyangka video tersebut menjadi bualan ramai.

“Saya minta maaf jika ia menggores hati ramai pihak. Kalau itu duit betul saya sendiri akan cakap kepada mereka perbuatan itu tidak betul. Saya tak perasan. Itu hanya kertas biasa yang dicetak seperti duit,” katanya.

Terdahulu, Iqbal bertindak mencampakkan duit di hadapan wartawan mStar kerana berang apabila sering dituduh kaki kikis serta mahu menumpang kekayaan Vida.