fbpx

Iqbal Campak Duit Depan Wartawan, Bengang Dituduh Kaki Kikis,

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi mengenai kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas peribadinya, Ahmad Iqbal yang dikatakan bakal berkahwin Disember ini.

Baru-baru ini, menerusi video dikongsikan mStar Online, Iqbal menayang barangan berharga yang dibelinya hasil titik peluh sendiri.

BACA: Iqbal Dedah Cik B Dah Restu Perkahwinan Dengan DSV

Iqbal turut menayang dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.

Tidak hanya setakat itu, Iqbal turut menunjukkan koleksi minyak wangi dan jam tangan yang dimilikinya. Ujarnya, jam paling mahal dimilikinya mencecah harga RM1 juta.

Bagaimanapun, Iqbal mengakui bengang apabila sering dituduh kaki kikis serta mahu menumpang kekayaan Vida.

Menerusi temubual itu, Iqbal mengakui bengang apabila sering dituduh kaki kikis serta mahu menumpang kekayaan Vida.

“Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu. Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu? Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!” katanya.

Menjawab persoalan netizen yang mengatakan sama ada dia mampu atau tidak menjaga Vida yang sememangya kaya raya, Iqbal berkata dia mampu untuk membeli rumah jutawan kosmetik itu.

“Ala kalau setakat rumah Vida tu saya pun boleh beli. Saya boleh bagi untuk dia dan kena tahu juga saya bekerja dengan Vida saya memecah rekod dengan jualan mencapai RM400,000 sehari.

Dalam temubual tersbeut, Iqbal yang mungkin berang dengan tuduhan liar netizen secara tiba-tiba mencampakkan duit di hadapan wartawan mStar.

“Saya kena macam ni ke, aku kaya, aku tak nak duit orang. Macam tu, sampai bila saya nak kena buat macam ni (campak duit).

“Saya bukan orang macam ni, saya pun ada maruah. Nak kahwin harta je ke? Saya geram, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit. Ini duit saya buat sendiri,” katanya.