fbpx

“Janganlah Pandang Orang Tak Bertudung Sebagai Jahat”

Baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa hari lalu, Ifa Raziah meminta agar netizen tidak memberinya tekanan untuk terus segera berubah. Bagi Ifa, memakai hijab merupakan urusannya dengan Tuhan.

BACA: Ifa Raziah Bengang Difitnah Skandal Dengan Bekas Kekasih Zarina Anjoulie

“Saya belum lagi bertudung penuh. Saya harap netizen tidak cepat menghukum sebab penghijrahan ini satu perkara yang besar. Saya tahu menutup aurat adalah satu tuntutan yang wajib. Namun banyak benda yang perlu saya fikirkan”

“Ia perlu datang dari hati dan bukan memenuhi permintaan sesiapa. Hidayah ini milik Allah dan doakan yang baik supaya urusan ke arah itu dipermudahkan. Saya percaya setiap berlaku pasti bersebab dan sudah tertulis”

Dalam masa yang sama, Ifa juga berharap agar netizen memberikannya masa agar dapat berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak memandang serong kepada wanita yang tidak bertudung sebagai seorang yang jahat.

“Berhijrah memang mudah, tetapi untuk sentiasa istiqamah itu agak sukar. Jadi saya mohon diberikan masa untuk berubah secara perlahan. Janganlah pandang orang belum bertudung ini sebagai individu yang jahat,” katanya.

Menutup aurat itu satu kewajipan buat orang Islam, tapi tidak mengapalah jika Ifa mahu mengambil langkah perlahan untuk berhijrah. Asalkan penghijrahan itu kekal dan mendapat keredhaanNya. (rtky/w)