Boleh dikatakan sekarang semakin banyak kes suami curang sedangkan sudah mempunyai isteri yang baik dan cantik. Tidak dapat dipastikan apa lagi yang kurang di mata suami.

Usia perkahwinannya bersama Allahyarham Johan Nawawi sudah hampir 25 tahun, pesanan oleh penyanyi Nora Ariffin ini mungkin boleh dijadikan pedoman buat isteri di luar sana supaya suami tidak akan mencari yang lain.

BACA: Hadiah Arwah Suami Untuk Nora Buat Peminat Sebak

Malah, Nora memberitahu dia turut mengamalkan pesanan dari ibunya untuk menjaga suami dan bagaimana untuk menjadi isteri yang baik.

“Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan… Nak jadi isteri yang baik kena jaga makan pakai suami.

“Jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami. Insya-Allah suami tak akan cari lain,” tulisnya.

Kebanyakan kes cerai banyak terjadi pada pasangan muda. Apa pun diharap pasangan muda di luar sana dapat mengambil perkongsian Nora ini sebagai satu nasihat untuk mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.