Hadiah Arwah Suami Untuk Nora Buat Peminat Tersentuh
Baru sahaja kehilangan suami tercinta, perkongsian gambar Nora Ariffin di Instagram berkenaan hadiah terjemahan al-Quran daripada teman hidupnya itu ternyata menyentuh perasaan peminat dan pengikutnya.
BACA: Suami Nora Buat Laporan Polis
“Assalamualaikum. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Antara hadiah yang paling bermakna daripada arwah suami tercinta berserta kata-kata yang sangat bererti. Seminggu sudah berlalu, namun keperitan sukar digambarkan. Allah saja yang tahu”
“Semoga abang tenang di sana, di taman syurga bersama orang beriman. Orang baik, perginya juga baik. Abang…adamu menyenangkan dan membahagiakan…pergimu amat menyedihkan. Insya-Allah, bertemu di syurga,” luah Nora di laman sosial tersebut.
Lebih menyayat hati lagi, pesanan arwah suaminya melalui tulisan ringkas ternyata membuatkan lebih ramai yang tidak dapat menahan sebak – Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi. Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah. Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali. Love you always,“ tulis Johan pada 24 April 2010.
Johan yang juga merupakan penggubah lagu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi pada 24 Mac lalu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung. (rtky/s)
Tiada apa yg kekal didunia semuanya akan dikembalikan semula. Pangkat, harta, org yg kita sayang semua milikNya. Sementara hidup didunia, rajin2lah menjenguk org tua dan berbuat baiklah dgn org yg terdekat dgn kita.
setuju saya
setuju
betull
Semak betul la link2 ni
Dunia ini hanya pinjaman. Doakan lah mereka yg telah pergi.
begitu
Sedihnya…Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya…Aamin.
Semuanya milik Allah..
tak dapat dibayangkan kesedihan Nora atas pemergian suami tercinta. Semoga Nora dan anak2 tabah menghadapi ketentuan Allah swt
tarikh ucapan tu 2010 kot
Bersederhanalah…..mengingat ALLAH adalah lebih baik dari segalanya.Dan menyintai ALLAH DAN RASUL mengatasi segalanya.jgn terbawa-bawa sangat nikmat dan kasih sayang dunia yg tiada kekal dan yg bukan milik kita…milik ALLAH jua segalanya bakal di kembalikan.jgn terlalu meratapi.dan gambar-2 tu jgnlah di tunjukkan dan sebaiknya di padamkan….sbb yg mati akan melalui Alam Kubur alam soal jawab yg akan di tanya Amalan Solatnya..seterusnya alam Akhirat di mana setiap kita tidak akan saling bertanya hal org lain anak isteri suami ibu dan bapa…tidak macam yg kita ratapi hari ini akan kehilangan org yg tersayang ..semoga kita sentiasa dalam keadaan bertaubat….In Shaa ALLAH
sedekah lah alfatihah kpd yg sudah pergi moga tenang di sana Sayang meyayangi semasa di dunia akan di temu jua di akhirat nanti, dgn kehendak takdir.