“Jangan Suka Hati Fitnah, Hutang Kami Bila Nak Bayar?”
Dalam kesibukan Aliff Syukri meluahkan perasaan tentang layanan yang diterima ketika berlangsungnya pentas akhir Gegar Vaganza 5 malam tadi, rakan beliau turut tampil memberikan pandangan tersendiri dalam isu ini.
Dalam video terbaru menerusi Instagram, Dato’ Seri Vida turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku selain memberi bayangan yang beliau turut menerima layanan yang sama ketika menjadi penaja.
BACA: Aliff Syukri Luah Rasa Malu, Terhina Dengan Layanan Astro
“Saya datang untuk menyokong penaja namun di mana kedudukan penaja? Di tapak kaki je …,” ujar DSV dalam video tersebut.
Pengacara bersama Gegar Vaganza 5, Nabil Ahmad turut meninggalkan komen di video tersebut mengatakan mereka difitnah dalam isu ini dan turut menuntut hutang bayaran yang khabarnya sudah dua tahun tertunggak.
Pelbagai komen dilontarkan buat DSV, Aliff Syukri dan pihak Astro sendiri yang mana masing masing mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Nampaknya ada kemungkinan pihak pihak ini tidak akan bekerjasama dalam masa terdekat, kan? (rtky/m)
Pegi mampus la korang geng2 kosmetik plastik ni. Ada aku kisah. Lagi gado lagi aku suka. Dari dulu aku dh agak GV ni menghuru hara kan bangsa agama dan negara. Aku rasa GV ni dajjal ke 30
bagi aku dua2 tak betul.
dunia3 jum kita solat
Dua dua terkinja kinja, Allah dah turunKan mcm2 musibah, masih tak mahu merendahKan diri…
* utk diri sendiri juga