fbpx

“Jangan Sedap Hina Saya, Nanti Kena Batang Hidung Sendiri”

Baru saja memasuki tahun 2020, sudah ada kontroversi terpalit Aliff Aziz apabila tular satu video pelakon itu bertengkar mulut dengan beberapa individu serta mengeluarkan kata-kata kesat

Menerusi Insta Story semalam, Aliff dilihat ada memuat naik status ringkas selepas tular rakaman videonya itu. Aliff berkata teruslah mempersenda atau ketawakan tindakannya itu kerana mereka tidak merasai yang sedang dilaluinya.

BACA: Aliff Aziz Buat Hal Lagi, Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam

Katanya lagi, hanya dia sahaja tahu situasi yang sedang dirinya alami dan tidak perlu memberi sebarang penjelasan kepada orang ramai. Tambahnya lagi, walau apa juga kecaman diterimanya dia masih lagi hamba Allah.

Aliff turut menyindir netizen diluar sana agar yang seolah melihat diri mereka beriman tetapi melemparkan komen negatif terhadapnya. Malah Aliff turut menasihati netizen untuk cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai orang lain.

Diakhir statusnya itu, Aliff percaya bahawa segala rezeki kita diaturkan Tuhan dan tidak perlulah menghina orang lain bimbang suatu hari nanti terkena pada diri sendiri.

Minggu lalu, tular satu rakaman video dipercayai berlaku di luar sebuah restoran di Singapura. Menerusi video tersebut, turut kedengaran Aliff mengeluarkan kata-kata kesat. Malah, Aliff turut dilihat membuka zip seluarnya untuk menunjukkan kemaluannya.