fbpx

Aliff Aziz Buat Hal Lagi, Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam

Hujung tahun lalu nama Aliff Aziz menjadi bualan ramai apabila pelakon kontroversi itu ditahan pihak polis kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk.

Baru sahaja beberapa hari menjengah tahun baru 2020, nampaknya bekas suami Bella Astillah itu sekali lagi menjadi perhatian apabila tular satu rakaman video pelakon itu sedang bertengkar dengan beberapa individu.

BACA: Foto Mesra Dalam Kereta, Bella & Aliff Aziz Kembali Bersama?

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di luar sebuah restoran di Singapura. Menerusi video tersebut, turut kedengaran Aliff mengeluarkan kata-kata kesat. Malah, Aliff turut dilihat membuka zip seluarnya untuk menunjukkan kemaluannya.

Bukan itu sahaja, video berdurasi 1 minit 30 saat itu turut memaparkan Aliff membaling kerusi ke arah individu berkenaan. Melihatkan video tersebut, beberapa individu yang berada di lokasi bertindak menenangkan Aliff namun tidak diendahkan.

Diakhir video tersebut, Aliff seolah sedar tindakannya itu telah dirakam dan meminta individu tersebut tidak merakamkan apa yang berlaku.

Tahun lalu, Aliff didakwa di mahkamah atas satu pertuduhan iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.  Itu merupakan tuduhan ketiga terhadap Aliff dimana sebelum ini, Aliff berdepan dengan dua tuduhan mencuri.

Pada 3 September lalu, Aliff dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.