Hangat diperkatakan mengenai pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang berdepan kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan, timbul dakwaan mengatakan ibunya dan bapanya penagih dadah.

Ibunya, Norashikin Mohd Aziz menafikan dakwaan dia dan bekas suaminya terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Katanya lagi, fitnah tersebut sengaja dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan lagi keadaan.


BACA: “Saya Diuji Kesusahan, Nabila Huda Diuji Dengan Kemewahan”

“Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan fitnah ini. Berat sangat dugaan kami. Janganlah fitnah saya begini.

“Saya tidak pernah ambil dadah atau buat perkara itu di lokasi penggambaran. Jangan disebabkan penampilan saya yang kurus dan ‘serabai’ orang fitnah saya sedemikian rupa. Saya tidak ada masa nak bersolek dalam keadaan anak saya sebegitu,” katanya kepada Harian Metro. 

Dalam pada itu, Norashikin turut menegaskan sepanjang dia dan bekas suaminya bersama mereka tidak pernah mengambil dadah. Katanya lagi, Balqis sangat sedih dengan tuduhan tersebut dan jika tiada perkara yang baik untuk diperkatakan tidak perlu sampai menabur fitnah.

“Saya juga nak pertahankan bekas suami yang dituduh ambil dadah. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, fakta salah mengenainya saya kena betulkan. Sepanjang kami bersama, tidak pernah ambil dadah

“Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai kami, janganlah sampai fitnah. Selama 10 tahun saya dan bekas suami terbabit dalam bidang ini, tak pernah pun nak ambil dadah. Aqish sangat sedih dengan perkara ini,” katanya.