fbpx

“Saya Diuji Kesusahan, Nabila Huda Diuji Dengan Kemewahan”

Tular mengenai keperitan hidup menimpa Puteri Balqis, Nabila Huda mempersoalkan tanggungjawab ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang sanggup membiarkan anaknya menjaual buku di jalanan dan mengapa bukan mereka yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Bagaimanapun, Balqis meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Nabila itu malah menjelaskan ibunya sudah berkorban segalanya untuk membesarkannya dan menanggung kos perubatannya sepanjang beberapa tahun ini.

BACA: “Puteri Balqis Tak Hidap Kanser Tapi …”

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Balqis berkata tindakannya menjual buku di sekitar ibu kota adalah kehendaknya sendiri malah dia yang memaksa ibunya untuk mengikutnya.

“Kenyataan auntie tentang kenapa biarkan Puteri jalan ke KL jual buku ini jawapannya. Ibu sudah habis puluhan ribu ringgit untuk selamatkan Puteri, mana saudara? Mana kawan? Mana keluarga?”

“Ibu tak pernah biarkan puteri bekerja, tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. Terus terang ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasih melihat ibu,” katanya.

 

Balqis berkata meskipun duji dengan kesusahan namun ibunya tidak pernah berhenti bekerja. Malah, ketika dia masih aktif berlakon ibunya turut berniaga di set penggambaran.

“Ibu merupakan satu-satu ahli keluarga yang tidak pernah berhenti bekerja. Daripada dulu pun selalu buat macam-macam di set penggambaran pun masih jual asam jeruk.

“Tapi belum diizinkan lagi untuk dia berjaya seperti auntie Ujian Puteri diberikan kesusahan dan ujian auntie diberikan kemewahan.

Dalam pada itu, Balqis turut menafikan dakwaan mengatakan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dilemparkan oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya. Jelasnya lagi, ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan tekanan perasaan.

Diakhir perkongsian itu, Balqis turut berkata dia tidak mahu lagi berada dalam industri seni tanah air dan lebih tenang tanpa berdepan dengan golongan tersebut.