“Jangan Pertikai Jodoh Orang, Dapat Suami Kaya Itu Bonus”
Nampaknya ramai netizen yang kurang senang dengan pertunangan pelakon Intan Najuwa dan pasangannya, Razrul Anwar Rusli, 38 tahun, yang 16 tahun lebih tua daripadanya.
Malah ada yang menuduh Intan memilih jejaka tersebut disebabkan harta dan mata duitan. Malah ada netizen mempersoalkan adakah benar hubungan mereka atas dasar cinta atau duit semata-mata.
BACA: Intan Najuwa Bengang Dituduh Mata Duitan
Bagaimanapun, kakak kepada Intan Najuwa iaitu Intan Najihaa tampil mempertahankan adiknya. Menurut Najiha, majlis pertunangan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pihak perempuan.
Jelasnya lagi, jika benar adiknya inginkan lelaki kaya dan kaki kikis, sudah tentu satu keluarganya tidak perlu bersusah payah kerja mencari duit.
“Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan.
“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit. Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all,” katanya.
Malah, katanya lagi siapa kita untuk mempertikaikan jodoh seseorang itu dan jika dapat suami kaya itu adalah satu bonus.
“And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga.
“Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. Doakan yang baik-baik untuk Najuwa semoga hubungan sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya,” tulisnya.
Intan Najuwa selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, Ahad lalu. Majlis pertunangan diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru,
- SUMBER
- Astro Gempak
majlis tertutup ke?? tp nmpk gaya mcm open je…dh mcm bersanding..ingatkan nikah terus
Cepat semput tau..angkat beras 20 kilo ataupun angkat tong gas akn terus lelah.
Tpi x pe lh…ada $ upah je org.
Who?
Ko ingat org bodoh ke bodog oiii…memang lah semua kelengkapan pihak betina sediakan…tapi yg bg duit kat si betina tu si jantan..so si betina just tau ambik duit dan uruskan..sbb tu tgk pelamin tunang dh mcm pelamin org pertengahan kahwin.ingat adik ko tu ade duit ke…blakon pon kayu walau baru 2 3 kerat jadi pelakon.gay pon gay lah asal ade duit.tak puas kat umah main jantan lain kat luar.itu lah betina skrg.
Sape ni.ko org kenal ke.