fbpx

“Jangan Pandang Rendah Dengan Janda Anak Ramai”

Biarpun peredaran masa yang semakin moden, memegang status janda bukanlah mudah. Sebagai ibu tunggal kepada enam anak, Amelina mengakui turut pernah dihina oleh orang ramai yang memandang rendah terhadapnya.

BACA: Amelina Akui Hatinya Kini Dimiliki Seorang Ahli Perniagaan

“Jangan pandang kami sebelah mata. Saya juga pernah melalui situasi itu apabila dihina hanya kerana berstatus janda anak ramai. Tetapi apa yang ramai tidak tahu golongan seperti saya sangat tabah mengharungi kehidupan”

Walaupun ramai beranggapan wanita bersatus janda anak ramai bukanlah pilihan yang terbaik untuk dijadikan isteri namun bagi Amelina, jika wanita tersebut mampu menguruskan kehidupan mereka maka anak-anak bukanlah bebanan.

“Anak yang ramai itu bukan suatu bebanan tetapi itulah sebenarnya yang memartabatkan kedudukan kami. Sebagai seorang yang pernah melaluinya saya tidak nafikan, pada peringkat awal bukan sesuatu yang mudah. Memang perit, tetapi percayalah Allah sentiasa mendengar doa kita”

“Soal bebanan, saya yakin kalau wanita itu sendiri boleh uruskan anak dan keluarga sejauh mana sangat dia akan susahkan orang lain. Percayalah, wanita seperti ini lebih kuat daripada apa yang kita tahu,” jelasnya. (rtky/w)