fbpx

“Jangan Paksa Orang Kalau Tak Nak Vaksin”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Rita Rudaini yang mencetuskan kontroversi lagi apabila berpendapat warga emas tidak sepatutnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19.

Seperti sudah dijangka, kenyataannya itu dikecam teruk oleh netizen. Bagaimanapun, Rita ada memuat naik paparan skrin ada yang bersetuju dengan pendapatnya itu tidak perlu paksa orang tua yang tidak mahu divaksin.

BACA: Rita Rudaini Bengang Warga Emas Dipaksa Vaksin

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Rita meluahkan rasa syukur ada juga pihak yang memahami kenyataannya itu. Katanya lagi, jika sukarela tidak mengapa tetapi jangan dipaksa mereka yang tidak mahu divaksin.

“Alhamdulillah, ada juga hamba Allah yang faham penulisan semalam, yang tak mahu jangan paksa. Yang sukarela tu tak apa la. Kaata sayang orang tua.

Dalam posting tersebut, Rita turut meletakkan tanda pagar mengatakan dia bukan anti vaksin tetapi dia tidak mahu divaksin kerana vaksin yang digunakan masih ‘under trial.

Sementara itu, dalam satu lagi perkongsian Rita turut memuat naik gambar pelajar yang sebelum ini pernah tular selepas dihalang untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mahu mendapatkan vaksin.

Rita berkata ramai doktor pakar di luar negara menolak vaksin kerana belum tahu kesan dan kesahihan vaksin berkenaan. Malah, Rita menyifatkan pelajar itu sebenarnya seorang pejuang dan mendoakan agar suatu hari nanti akan menjadi doktor yang hebat.