“Jangan Nak Cari Salah Dia” – Nedim Pertahan Nora Danish

Usahawan Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, Nora Danish yang dilihat meninggalkan komen pada hantarannya.

Menerusi satu perkongsian, Nedim meluahkan rasa hairan mengenai keadaan perniagaan yang dilihat agak perlahan pada bulan Ramadan.

BACA: “Nedim Sentiasa Ada Tempat Istimewa Di Hati…Saya Doakan Kebahagiaannya”  

Nora dilihat membalas hantaran Nedim itu dengan mengatakan Allah mahu kita fokus dengan ibadah di bulan mulia ini.

Nedim kemudian membalas pandangan Nora itu benar namun soalan tersebut berkaitan realiti dunia perniagaan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen netizen yang beranggapan jawapan balas tersebut tidak sesuai.

Tidak hanya berdiam diri, Nedim tampil mempertahankan Nora serta meminta tidak mencari kesalahan bekas isterinya. Melihatkan hantaran Nedim itu, rata-rata netizen memuji usahawan tersebut seorang yang ‘green flag’ serta tetap menjalin hubungan baik meskipun sudah berpisah.

×