fbpx

Fikry Ibrahim Mengaku Individu Diarah U-Turn Masa Roadblock

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai lelaki dikatakan mirip pelakon Fikry Ibrahim yang diarahkan membuat pusingan U dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini. Sekian lama berdiam diri, akhirnya Fikry mengakui dia adalah individu tersebut.

Bagaimanapun, Fikry berkata dia tidak membuat sebarang kesalahan atau melanggar peratutan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jelasnya, dia hanya keluar membeli barang keperluan dan masih lagi dalam kawasan radius 10 kilometer.

BACA: Pemandu Degil Ingkar PKP Dijerit Polis, Nama Fikry Ibrahim Dipetik Netizen?

“Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan.

“Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn.

“Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakam ketika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia tidak marah terhadap netizen yang mengecam tindakannya kerana memahami situasi ketika itu ramai orang dalam keadaan tekanan.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang pemandu yang didakwa artis popular ingkar arahan PKP. Rata-rata netizen spekulasi lelaki itu adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara.

Malah, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut.