fbpx

“Jangan Hukum Dia Macam Kita Ni Ahli Syurga..”

Sejak semalam, Mark Adam dikecam teruk susulan tindakannya mempersendakan fizikal Sherry Alhadad dalam satu program. Bagaimanapun, Mark sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyesali ketelanjurannya itu.

Pelbagai kecaman dilemparkan, isteri kepada Mark Adam iaitu Ezan melauhkan rasa berang dengan sikap segelintir netizen yang suka menjatuhkan hukum seolah diri mereka tidak pernah melakukan dosa.

BACA: “Saya Akui Silap, Layak Terima Semua Ini, Saya Bodoh”

Katanya, meskipun Mark sudah mengaku salahnya namun masih menerima kata-kata makian daripada netizen.

“Kita semua ni jadi manusia jangan asyik suka sangat nak menghukum orang. Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun. Tapi jangan menghukum dia macam kita ni ahli syurga yang tak pernah buat dosa.

“Maki hamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa?Apa bahasa yang korang guna untuk comment dekat dia. Ye betul dia salah, ada silap dia, yang kita semua ni tahu ke silap kita?” luahnya.

Ezan berkata tidak salah untuk memberikan teguran tetapi tidak perlu sampai kononnya diri sendiri tak pernah membuat salah.

Dalam pada itu, menerusi satu komen, Sherry mengatakan dia sudah pun memaafkan ketelanjuran Mark dan berharap semua netizen turut memaafkan penyanyi itu. Apa pun diharap semuanya akan baik-baik belaka.