fbpx

“Saya Akui Silap, Layak Terima Semua Ini, Saya Bodoh”

Pentas Big Stage 2019 baru saja membuka tirainya semalam namun sudah ada cerita tak sedap didengar apabila netizen tidak berpuas hati dengan juri jemputan, Mark Adam susulan gurauannya yang keterlaluan.

Gurauan Mark dikatakan agar kasar kerana mempersendakan fizikal pengacara Sherry Alhadad. Dalam pada itu, Aliff Satar yang turut menjadi hos program tersebut bertindak menyelematkan keadaan dengan mengatakan Sherry juga seorang yang berbakat besar.

BACA: “Saya Tak Kata Proton Kereta Orang Miskin”

 

Dikecam teruk oleh netizen, Mark Adam membuat permohonan secara terbuka menerusi Intagram . Menerusi satu video, Mark meluahkan rasa kesal di atas tindakannya itu dan tiada niat menghina bentuk badan Sherry atau mana-mana pihak.

“Saya sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan semalam. Saya akui saya tersilap cakap. Sebenarnya ayat itu ada sambungan tapi saya tak sempat nak cakap.

“Apa yang saya lakukan semalam tidak profesional dan saya akan pastikan perkara seperti itu tidak berulang lagi,” ujarnya.

“Niat saya bukan untuk menghina Sherry atau mana-mana pihak. Saya mohon maaf. Saya kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah. Saya akui saya silap. Saya layak terima semua ini, saya bodoh,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu berkenaan dan tidak mahu perkara itu diperbesarkan serta menghormati Mark yang merupakan rakannya.