fbpx

“Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil, Perempuan Cacat…”

Perkahwinan pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa ternyata menjadi perhatian dan buah mulut netizen. Mana tidaknya, tiada siapa menyangka dua sahabat baik ini akan bergelar suami isteri.

Namun, aksi Ardell yang dilihat seperti menggigil ketika menyarungkan cincin menimbulkan rasa kurang senang dengan netizen dimana ada yang mendakwa pasangan itu hanya berdrama.

BACA: “Nyanyi Dalam Kereta Berdua Elok Je, Sarung Cincin Acah Malu”

Menerusi Instagram, Nadzmi tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai keadaan isterinya bahawa Ardell menghidap anxiety serta depresi yang teruk sebelum ini. Jelasnya lagi, isterinya masih lagi dalam proses pemulihan.

“Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses pemulihan.

“Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi , apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yang boleh mengakibatkan black out, pitam, sesak nafas,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nadzmi menjelaskan sewaktu detik pernikahan itu sangat berbeza sekali dan mengakui sangat janggal ketika acara membatalkan air sembahyang. Ujarnya lagi, perasaan berkawan dan apabila bergelar suami isteri jauh bezanya.

“Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz.

“Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai.

“Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami, dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah,” katanya.

Diharap penjelasan Nadzim itu dapat menjawab pertanyaan netizen dan menghentikan segala kecaman. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja untuk Ardell dan Nadzmi dan semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah.