“Jangan Gadai Simpanan Untuk Kemewahan Sehari”  Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia tidak mahu berhabis terlalu banyak untuk majlis perkahwinannya dengan Bella Astillah.

Menerusi sidang media baru-baru ini, Saddiq berkata dia tidak mahu majlis perkahwinan mereka menjadi beban kewangan di masa akan datang.

BACA: “Baik Kahwin Hari Ini” – Syed Saddiq Terpegun Tengok Kecantikan Bella Astillah

“Jangan menggadaikan simpanan hanya untuk kemewahan sehari hingga menanggung hutang berdekad-dekad. Saya kongsikan dengan bakal isteri saya, kita buat yang terbaik sebab nak hantar mesej yang baik. Saya adalah orang yang bercakap berdasarkan data, jadi saya pandang perkara ini secara serius,” katanya.

Sementara itu, Saddiq berkata majlis yang diadakan di Kuala Lumpur dalam skala kecil membabitkan keluarga, kawan rapat dan peminat.

“Saya minta maaf sekiranya ada yang tak mendapat jemputan secara fizikal. Bukan sebab Bella, tapi saya. Saya yang bertindak sebagai pengawal kewangan.

“Mujur pihak media seperti Astro ada buat liputan secara langsung, jadi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh menonton di televisyen atau dalam talian. Jika tidak dapat hadir di Kuala Lumpur, dijemput datang ke kenduri rakyat di Muar dan Sabah,” katanya.

×