Pelakon Indonesia, Tya Ariffin menjadi perhatian apabila memuat naik video menghadiri kelas pengajiannya di University of Oxford, London.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Tya yang mengenakan tudung menampakkan leher serta rambutnya.
BACA: Ashraf Khalid Hadiahkan Tya Ariffin Kereta Mewah Tesla Sempena Anniversary Ke-7
View this post on Instagram
Seperti sudah dijangka, diruangan komen ada yang terkejut dengan penampila Tya itu serta berharap agar isteri kepada Ashraf Khalid itu kekal istiqamah dalam bertudung.
Tidak kurang juga ada yang memberi teguran untuk perbetulkan cara pemakaian tudung serta mengenakan pin agar lebih rapi serta meminta agar Tya kuatkan iman untuk terus berhijab.