Ashraf Khalid Hadiahkan Tya Ariffin Kereta Mewah Tesla Sempena Anniversary Ke-7
Usahawan terkenal, Asyraf Khalid membuat kejutan menghadiahkan isterinya, Tya Arifin sebuah kereta mewah Tesla sempena hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka ke-7.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ashraf memuat naik video kejutan serta menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. Dalam video dikongsikan, Tya dilihat terkejut dengan hadiah istimewa yang diberikan oleh suaminya itu.
BACA: Gaya Tudung Lilit Belakang Dikecam, Tya Ariffin Mohon Maaf
View this post on Instagram
“Happy 7th Anniversary sayang! @tyaarifinnw. Alhamdulillah, genap 7 tahun kita berkahwin dan saya masih terpegun melihat kecantikan, kebaikan, kerja keras dan dedikasi terhadap semua yang awak usahakan.
“Terima kasih kerana menyayangi saya meskipun banyak kelemahan diri dan sentiasa mendukung saya dalam setiap perkata. Saya tahu saya tak akan mampu capai hingga ke tahap ini tanpa sokongan dan kepercayaan awak.
“Insya-Allah, semoga kehidupan kita akan terus harmoni. Saya akan cuba melakukan sepenuh hati saya untuk pastikan impian kita tercapai. I love you dan saya harap awak menikmati kejutan kecil ini,” tulisnya.
Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Kalo tak sbb bapak ko kawen dengan siti norhaliza takde saper kenal si gemok dgn pendatang indon ni.
jahatnya mulut ko
dah rezeki dia anak org kaya nak buat cam mane… & diax sakau pun duit rakyat utk hidup mewah… cuma tak tau la projek bapa dia terlibat dgn tender @ projek kerajaan?? naya pak karimmmm
Yessszzaa Rossa. Agree sgt2. Si Tya ni pn kalau content youtube tu, mesti ada selit2 story CT. Sj je nk kc org tgk. Kalau story dia je, ak rs nan hado je. Netizen pn terkinja2 la duk tgk. Tk phm aku.