“Jangan Dendam Dengan Musuh, Seburuk Orang Ada Kebaikan Dia”
Meskipun berdepan dugaan apabila sumbangannya dipertikaikan segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew sempat mengadakan Instagram Live bersama Zizan Razak. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan sedekah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi isu semasa.
BACA: Anak-Anak Ebit Lew Menangis Tengok Video Dakwah Bapa
Menerusi siaran itu, Zizan bertanyakan mengenai cara membantu orang kurang bernasib baik dengan bersedekah Ustaz Ebit.
Penceramah bebas itu berpendapat seseorang individu yang dikenali dan mempunyai pengikut ramai di media sosial perlu perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.
“Sedekah ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik. Ada waktunya buat kita bersedekah secara terang dan ada waktu secara sembunyi. Kedua-duanya baik. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenainya.
“Dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut “Barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala”. Apabila kita mula berikan sedekah, insyaallah Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menasihati orang ramai untuk teruskan berbuat kebaikan, membantu mereka yang memerlukan dan jadikan contoh kepada masyarakat.
Malah, Ustaz Ebit turut memberi pesanan agar dibuang perasaan cemburu atau dendam dengan musuh kerana setiap manusia ada kebaikan yang tidak dapat kita lihat.
“Jangan ada sifat cemburu, dendam dengan musuh. Seburuk-buruk orang ada kebaikan dia. Bila kita maafkan orang hati tenang.
“Buat kebaikan mungkin awal-awal ada perasaan riak tapi lama-lama akan wujud keikhlasan. Yang penting sentiasa buat amal jariah, sedekah, mudahkan urusan orang lain dan sebarkan dakwah secara berterusan. Allah sayang kita semua.
Diakhir siaran langsung itu, Ustaz Ebit membacakan doa kesejahteraan buat ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga doa untuk setiap orang miskin dan anak yatim agar dipermudahkan urusan mereka serta diampunkan dosa-dosa.
- SUMBER
- Oh Bulan
Masaalahnya skrg pendakwah pun main perli, membawang sama naik mcm mana yg bawah nk husnozon huhu
harap sgt smua peniaga patuhi SOP..klu x..sia2 kita PKP selama nie.. x pyh gaduh ustaz ouui buruk org dewasa gaduh cm kak joyah
Yess betul. Sementara tu kita chill puasa dulu. Selesaikan ibadah puasa. Tak perlu kisah pun bab gaduh dlm medsos ker hapee sbb itu mmg lumrah manusia mmg gemar cari salah org kot. Kalau ada kebenaran nanti, terpulang kpd masing2 nak beraya dgn aman or tak nak. Masa skrg ni, semua terletak pada diri sendiri. Sampai bila Gov atau ustaz nak jaga kita? Nak ingatkan kita?
Aku x rasa ustaz abu Syafieq atau ustaz2 lain yg tegur atau x setujuu dgn method sedekah yg UEL buat tu cemburu atau sakit hati dgn populariti yg UEL dpt melalui usaha dakwah dia. Tp mrk tu cuma berbeza pendapat tntng cara je cuma yg jd isu ialah sbb peminat UEL yg marah sbb UEL merajuk dan terasa. Xde mana2 ustaz yg terus hukum perbuatan UEL tu sbg sia2, bidaah, menyesatkan, x mengikut sunnah, terkeluar dari amalan Islam dan masuk neraka mcm golongan yg suka membidaahkan org suka sebut tu! Biasalah berbeza pendapat dlm agama dikalangan ilmuan tu perkara biasa. Tp kenapa sampai ada yg nk ludah dan melampau2 seolah2 UEl dah kena tangkap dsbnya. UEL x kena haram pun mcm jemaah hizbut tahrir dll kmpln2 dakwah yg menyeru utk kembali kpd kehidupan islam yg menyeluruh tp dianggap menyesatkan lg terkeluar dari aliran ahli sunnah?! Setakat baru bg sedekah pd org miskin belum lg menyeluruh ke arah dakwah Rasulullah saw yg sebenar! Tp sbb UEl sngt popular dlm media sosial jd netizen fikir hanya itu je yg islam buat sdgkan bnyk lg masalah umat x selesai…
Alahaii.. terang2 ustaz abu syafieq mempersoalkan hasil duit derma UEL kt fb dia.. Tertinggal bas ke ape ni?? takde maknanye org berhati baik nak persoal yg konon cuma bercanggah pendapat di khalayak ramai..
Point baik yg mungkin boleh ambil dedah aurat n aib fakir miskin. Pun sama boleh tegur secara baik.. Hentam2 nak rosakkan semangat org buat kebajikan dah kenapa??