“Jangan Buat Kenyataan Seolah-Olah Kami Bodoh Sangat!”
Susulan kritikan penyanyi terkenal Datuk Hattan terhadap pemilihan 12 lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35), Azmeer selaku ketua juri, tapil membidas dan mempertahankan keputusan yang telah dibuat.
Menurut Azmeer, semua juri yang terlibat adalah pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang seni muzik. Malah, Azmeer turut menolak tuduhan bahawa semua juri sudah tidak relevan.
BACA: “AJL Pertandingan Untuk Lagu, Bukan Pertandingan Nyanyian”
“Janganlah orang luar buat kenyataan seolah-olah kami bodoh sangat. Tak salah nak bagi komen tapi..bukannya kami tak tahu muzik.
“Kami hanya jalankan tugas dan masing-masing ada pengalaman luas dalam bidang muzik. Muzik ini adalah sesuatu yang sangat subjektid dan kami menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, Azmeer berkata kesemua barisan juri tidaklah terlalu tua malah semuanya mempunyai pemikiran yang terbuka dan cakna dengan pelbagai genre muzik semasa.
“Semua barisan juri yang mengadili tidaklah terlalu tua malah semuanya terbuka dan tahu dengan pelbagai genre muzik semasa.
“Walaupun tiada rapper dalam kalangan juri tapi anda boleh tengok ada tiga lagu rap yang layak masuk ke AJL35. Daripada situ boleh tahu yang kami para juri memang sangat terbuka dengan semua genre dan kalau lagu itu layak, memang akan ada tempat mereka di final,” katanya.
Sementara itu, Azmeer mendedahkan dia menolak untuk menjadi juri lagi, namun pihak stesen TV yang tetap mahukan khidmatnya kerana sikapnya yang tegas dalam penjurian.
“Kalau nak tahu sebenarnya saya tak nak jadi ketua juri, tapi TV3 tetap mahukan saya menggalas tanggungjawab itu sebab mereka kata saya tegas daripada segi penjurian,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a’basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal.
lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..
ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali dalam doa kalian.. :)
Nasihat Ustaz Azhar Idrus Utk perkongsian:
Ketika kita mengeluh:“eeeiii, aku penat sangat…” ALLAH menjawab: (??????????? ?????????? ????????) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba’ : 9)
Ketika kita mengeluh:“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku…” ALLAH menjawab :(??? ????????? ??????? ??????? ?????? ?????????) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah :286)
Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa…” ALLAH menjawab :( ????? ???????? ??????? ??????????? ??????????) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra’d : 28)
Ketika kita mengeluh:“Apa yg aku buat ni semua sia-sia…” ALLAH menjawab : (?????? ???????? ????????? ??????? ??????? ??????) “Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7)
Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yg nak tolong aku…” ALLAH menjawab:(??????? ????????? ????????? ?????????? ??????) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60)
Ketika kita mengeluh :“ Aku sedihh sangat…” ALLAH menjawab: ( ??? ???????? ????? ??????? ??????? ? ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (At Taubah : 40)
Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa… Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^ Mohon sahabat-sahabat semua share untuk manfaat kita bersama..
Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan..wallahualam ??????
Memang la bodoh sebab kata Lagu Sembah, bunyi gitar buat vokal Naim Daniel tenggelam.. Lagu Aku Bidadari Syurgamu, vokal Aisyah tak penting tapi melodi tu penting.
Kalau terbuka dengan semua genre, kenapa tak terima lagu Sakit Yonnyboi tu??? Vokal Shila Amzah yang bagus pun tak terima apahal?? Orang tak tahu muzik pun masih faham melodi, susun atur muzik, lirik, penghayatan.
Sokong 200% apa yang Dato Hattan cakap.
apa aku nak taip nih..
aku tak setuju sekiranya umur persaraan dilanjutkan ke umur 65 tahun..cukuplah umur 60 . Had umur kluarkan akaun 2 jgn diubah begitu juga akaun 1. Dah cantik umur tu 5055. Umur 45 bwah 60 dh semput naik tangga, inikan pulak nk membawa file hard cover (abba) tu bersama2 naik tangga, beri org muda pulak jawatan tu, bkn x byk yg menunggu kerja, byk kat luar tu.
“Jangan Buat Kenyataan Seolah2 Kami Bodoh Sangat”…..
#kaughase
#mmgpun
#kroni
#pilihbulu
Pengadil bola pun org tukar2.. TV3 please la bergerak selari dgn perubahan. Ni bukan lagi era Purnama Merindu. Besok AJL jd mcm ABPBH syok sendiri.
Format perjurian tu mesti ubah. X guna kalau vokal/persembahan x masuk dlm markah malam final. Baik ko dengar CD je nk cari lagu /lirik/melodi tuk jd juara Bodoh la panel AJL…tu pun x boleh pikir?!!!
kalau vokal x penting layak la fattah amin nyanyi masuk jugak ha ha
U n d u r
K a l a u
R a s a
A d a
M a r u a h
Kalau dh satu negara kecam ko ghaser? TV3 suku mmg stesen kroni. Memperbodohan org x habis2. Hael mesti lekat Top 3 tengok je lah nanti.
tukar ketua juri tukar sistem la kalu x … baik boikot jer x kemana pon .. memalukan betol gk kata hattan
Bodoh no netizen2 melayu ni semua, ni yg korg sibuk sngt hari2. X suka tukar channel jek laa. Menyalak cmne pun korg sapa nk kondem? Ni bkn berdasarkan sentiment socmed atau netizen. Acara ni dah jd tradisi bg stesen tv3. Mcm Abpbh yg jd tradisi kpd Berita Harian. Org kondem cmne pun ia akan terus berjalan mcm biasa. Korg jek buang masa sibuk2 mcm korg hilang kerja xde income! Naim Daniel menang ke kalah ke korg dpt apa? Bodoh punya netizen….
Dia ni tiap² tahun tu je jawapan dia. Dh cm dh hafal skrip. Kat AJL nanti tak payah ada artis dtg buat persembahan. Kita dengar version instrumental je. lol
Dah tu buat apa susah2 panggil penyanyi perform? Baik hantar mp3 kau dengar la kat rumah :((
Anugerah Cap Ayam la x phm2!???
Baik buat mcm awal2 juara bulanan terus masuk final…dah tiba masa barisan juri to be neutral & lantik those yg ada experience & kelulusan.if exposure & popular to be considered a bonus…terlalu lama sgt as jury(ies) can create favouritism ..just 2 sen opinion!
Lagu sembah tu mmg featuring dgn gitar kot. Mmgla dihighlightkan gitar tu. Kata x judge by suara. Knp mention bunyi gitar ganggu vokal ha ha merepek la wei.. Apooo??!
AJL——> ABPBH——> GV—-> Pencetus Ummah/Da’i…..
Rooosak!! anugerah syok sendiri!
Azmeer ni x relevan pun.. Mungkin bajet ciput.. Tu y tv3 panggil dye jd juri.. Padahal ramai lg komposer y layak.. Contoh dato m nasir.. Saari amri.. Mama juwie.. Faizal tahir.. Selagi azmeer jd ketua juri, jgn haraplah lagu2 y berkualiti masuk final.. Y masuk cuma lagu2 sampah.. Tu sbb da brp tahun aku x tonton muzik2 or Ajl.. Sbb merapu je..
Dari mula jadi juri muzik-muzik & AJL sampailah sekarang, itu jelah jawapannya ” AJL pertandingan untuk lagu, bukan penyanyi ” tapi bila ada lagu yang x layak & netizen tanya kenapa? Jawapannya, salahkan penyanyi sebab x sampaikan lagu dengan betul ..pastu sentap tp muka ko jugak mlm final tu kt stadium. Zzzz
Confirm aku x tgok dah AJL tahun ni..
Juri bias mcm GV jugak..
Smpai bila pun x boleh lawan Juara Lagu zaman 90an…lagu semua berkualiti..malar segar smpai skrg…
Selagi Azmeer jadi Ketua Juri..selagi tu lah AJL x ke mana.,,,!
Muak la. Rehat la brader.
“Kalau nak tahu sebenarnya saya tak nak jadi ketua juri, tapi TV3 tetap mahukan saya menggalas tanggungjawab itu sebab mereka kata saya tegas daripada segi penjurian,” katanya.
TV3 sila jawab!!
Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Hattan mengakui kecewa dengan pemilihan senarai lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) dan meminta barisan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) berfikir di luar kotak dalam penjurian mereka.
Hattan berkata, semua orang kini berada dalam dunia baharu dan perlu mengetahui berkenaan revolusi muzik yang berlaku di seluruh dunia.
“Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal.
“Banyak perkara baharu berlaku dalam muzik sekarang. Malah anak saya sendiri, Adam kata masa saya sudah berakhir. Saya pun mengakui kata-katanya. Kita kenalah hormat.
“Macam lagu Yonnyboii, penjiwaan yang hebat menerusi lagu Sakit wajar dihormati. Sekarang bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah. Saya amat terkejut apabila Sakit gagal ke AJL35 kerana masih ada juri berfikiran cara lama. Kenalah bagi ruang untuk bakat baharu berkarya,” katanya kepada Harian Metro.
Berkenaan lagu Sembah nyanyian Naim Daniel yang disebut-sebut bakal ke AJL35 namun gagal, Hattan meminta Azmeer menikmati lagu itu tanpa gitar dan menghayatinya.
“Itu cara ‘marketing’ Naim Daniel dan Azmeer kena fikir tujuannya untuk tarik orang lama sukakan lagu itu. Saya nampak Azmeer lebih utamakan lagu Aku Bidadari Syurgamu sedangkan lagunya biasa saja.
“Saya lihat kenyataan Azmeer berkenaan penjurian amat kurang sesuai. Ada lagu yang terpilih tiada apa-apa kelainan sedangkan peminat nak sesuatu yang segar.
“Lagu Sakit adalah sesuatu yang segar dan patut diketengahkan lagi. Penjiwaan Yonnyboii yang mengaku kesalahannya sangat ‘soul’,” katanya.
Menurut Hattan, Yonnyboii tidak perlu menyanyikannya dengan nada tinggi, tetapi melodi dan lirik mendalam dan berkesan dihati pendengar.
“Saya lihat juri nak pilih lagu yang menjerit-jerit sedangkan zaman itu sudah berlalu. Industri muzik kita sepatutnya perlu bergerak ke hadapan dan bukan mundur ke belakang atau berada di takuk lama,” katanya.
Terdahulu, ketua juri SFMM35, Azmeer menjelaskan terdapat beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.
Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.
Sumber : Metro Online
Lagu yonniboi sakit bertiang jauh kedepan lagi sedap n beremosi daripada lagu meroyan sisi kirana eh eh tu.. then why hael dapat sooo many places? Adira-hafiz and shila-judika songs lagi bagus daripada mata hael tu. Soo weird punya judgment in music la all the juries esp azmeer. Kamon la, bukan setahun dua tengok AJL and baca penjurian mcm mana.. last year punya AJL results pun were condemned too.. selagi tak tukar juri, selagi tu lah AJL akan tak maju. If next year hael lagi, tatau la nak kata apa.
-Bukan hael hater but Malaysian music scene does not revolve around hael husaini ok-
Kita takyah crita banyak geng.klu dah mcm ni format penjurian acah2 selera diorang ni, kita blah je.byk lagi channel lain buat rancangan yg lebjh adil dlm aspek penghakiman.juara lagu ni slalunya acara tahunan yg ditunggu2.tp klu cenggini politik juri,buang masa je kita melalak sini.kita blah je takyah nak support pun.bg je diorang SYOK SENDIRI sampai ke sudah.biarlah diorang pilih juara boneka,bakal jd mcm badut pegang mikrofon.politik camnilah punca standard lagu2 kita pyh nak naik compare ngan lagu dr luar.sbb lagu2 yg best dan sah2 dpt sambutan pendengar tak diiktiraf oleh juri2 di prgkat begini.sbaliknya lagu2 yg diangkat ikut selera mata dan rasa juri pulakk dah.nanti bila netizen komplen result tau plak sentap.tau plak trasa hati sampai kluar ayat netizen buat diorang mcm nampak bodoh.dah mmg terbukti begitu,bgslah hangpa sedar part tu.yeee.. taulah lagu yg bertanding bkn pnyanyi.tp agak2 lah kot lagu ape yg korang angkat masuk final juara lagu tu.btul sungguh kata Hattan, mcm pendengar ni buta tuli je tak nampak ape yg berlaku.klu pnganjur tak concern dgn apa yg diviralkan kali ni, jgn heran klu juara lagu akan dtg makin syok sendiri,jd bahan ketawa industri.sedehhhh.
K r o ni taikkkk
boikot Ajl
AKU RASA SEMUA ANUGERAH PON NETIZEN TETAP AKAN KRITIK JUGAK.. WALAU SIAPON JURINYA.. DAH 30 LAGU SEMUA BEST N SEMUA ORANG PON NAK JADI JURI.. CHILL YE PAKCIK AZMEER…